NADI– CYBERSECURITY: Bagaimana Akaun Bank Anda Di Curi Tanpa Sedar
11 Mei 2026 | Aktiviti Terkini9 Mei 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti webinar: NADI– CYBERSECURITY: Bagaimana Akaun Bank Anda Di Curi Tanpa Sedar.
Webinar “Bagaimana Akaun Bank Anda Di Curi Tanpa Sedar” menerangkan tentang pelbagai taktik scammer seperti phishing, panggilan palsu, pautan berbahaya, aplikasi tidak selamat dan penipuan OTP yang boleh menyebabkan wang dalam akaun hilang tanpa disedari. Peserta juga akan belajar cara melindungi maklumat perbankan, mengenal pasti tanda-tanda penipuan, serta langkah keselamatan penting ketika menggunakan perbankan online dan media sosial. Webinar ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai supaya lebih berhati-hati dan bijak mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber yang semakin berleluasa pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: